[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 24 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBNS) bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan peranan MAIS dalam menguruskan perkhidmatan pengurusan Harta Luqatah disamping menjadi medan untuk menjalinkan dan mengeratkan kerjasama antara agensi Islam.

Delegasi seramai enam orang ini diketuai oleh Puan Sri Rahayu Sarifin, Ketua Bahagian Penyelidikan PBNS turut diberi taklimat berkaitan Pengurusan Harta Luqatah meliputi aspek Kaedah dan Tatacara Pengurusan Harta Luqatah dan Data-Data Pengurusan Harta Luqatah.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohammad Salleh Abd Saha, Penolong Pengurus Pemasaran Harta Baitulmal MAIS.

Pada sesi kunjungan tersebut, turut diadakan penyampaian cenderamata dari MAIS kepada PBNS sebagai tanda ikatan ukhwah antara MAIS dan PBNS.â €[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4339″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4341″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4340″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4342″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor