[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 27 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Undang-Undang telah mengadakan Bengkel Cadangan Pindaan Peraturan-Peraturan Pendaftaran, Pemulihan dan Pengawalan Riqab (Negeri Selangor) 2013.

Bengkel yang diadakan bertujuan untuk membuat semakan dan penambahbaikan terhadap undang-undang berhubung pengurusan asnaf riqab dalam Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Salim So’ib @ Hamid, Anggota MAIS merangkap Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.

Antara yang terlibat dalam bengkel adalah anggota Jawatankuasa Undang-Undang MAIS iaitu S.S Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Dato’ Hj. Zainul Rijal Abu Bakar, Peguam MAIS; dan Datin Paduka Saudah Sulaiman, Anggota MAIS.

Turut hadir Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, Cik Nurhani Salwa Jamaluddin, Penasihat Undang-Undang MAIS dan Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.⠀[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4378″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4380″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4379″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4381″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor