[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 29 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima bayaran dividen bagi tahun 2019 daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) berjumlah RM54,814.75.

Penyampaian serahan cek disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Bakhtiar Bin Hussin, Ahli Lembaga Pengarah TERAS selaku wakil Pengerusi TERAS kepada YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi Pengerusi MAIS.

Berdasarkan pencapaian aktiviti korporat syarikat pada tahun 2019, TERAS telah mencatat keuntungan bersih sebanyak RM219,259.00 bagi akaun korporat berdasarkan Laporan Kewangan dan Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2019 .

Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh TERAS sepanjang tahun 2019 adalah pembekalan hamper makanan kering bagi program-program korporat, pembekalan pakaian seragam sekolah dan keperluan persekolahan, tempahan-tempahan jahitan seperti baju korporat, baju melayu dan baju batik, perkhidmatan bimbingan jahitan serta kerjasama strategik dengan agensi korporat bagi melaksanakan program Korporat Sosial Responsibility (CSR).

Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS) merupakan anak syarikat di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah beroperasi bermula pada tahun 2011 untuk menguruskan pembangunan usahawan asnaf dan latihan keusahawanan di samping menyediakan bantuan modal perniagaan serta peralatan kepada asnaf yang layak, pembekalan dan pengagihan bantuan makanan bulanan serta pakaian seragam sekolah kepada asnaf Fakir dan Miskin di Selangor di bawah seliaan Lembaga Zakat Selangor.

Hadir bersama dalam penyerahan dividen ini adalah Dr. Hj. Ahmad Shahir bin Makhtar Setiausaha MAIS, Encik Mohd Farid bin Baharon Pengarah Pengurusan Korporat dan Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim Pengurus Besar TERAS.⠀[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor