PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

BENGKEL CADANGAN PINDAAN PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN, PEMULIHAN DAN PENGAWALAN RIQAB (NEGERI SELANGOR) 2013


SHAH ALAM 27 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Undang-Undang telah mengadakan Bengkel Cadangan Pindaan Peraturan-Peraturan Pendaftaran, Pemulihan dan Pengawalan Riqab (Negeri Selangor) 2013.

Bengkel yang diadakan bertujuan untuk membuat semakan dan penambahbaikan terhadap undang-undang berhubung pengurusan asnaf riqab dalam Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Salim So’ib @ Hamid, Anggota MAIS merangkap Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.

Antara yang terlibat dalam bengkel adalah anggota Jawatankuasa Undang-Undang MAIS iaitu S.S Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Dato’ Hj. Zainul Rijal Abu Bakar, Peguam MAIS; dan Datin Paduka Saudah Sulaiman, Anggota MAIS.

Turut hadir Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, Cik Nurhani Salwa Jamaluddin, Penasihat Undang-Undang MAIS dan Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.⠀

Berita MAIS

Comments are disabled.