PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERUS DAKWAH KOMUNITI YANG DISAYANGI


SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus berdakwah kepada komuniti yang disayangi dengan mengadakan Program Penghayatan Islam Komuniti Disayangi Siri 1/2020 pada 26-27 September 2020.

Program anjuran Bahagian Pemulihan al-Riqab MAIS ini merupakan program yang dapat memberikan manfaat kepada golongan terbabit bertujuan untuk memberi bimbingan menerusi aspek pemulihan dan perawatan spritual Islam secara menyeluruh dan berkesan kepada asnaf riqab khususnya di kalangan komuniti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT).

Seramai 34 orang peserta dari pelbagai latar belakang mengikuti program yang diadakan selama dua hari satu malam di sini. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah solat berjemaah, tazkirah dan taklimat spritual Islam. Program ini dirasmikan oleh Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil, Pengurus Pemulihan al-Riqab MAIS.

Salah seorang peserta yang namanya dirahsiakan merasa begitu bersyukur kerana terpilih mendalami program seperti ini. Baginya ruang dan peluang ini memberi semangat untuk dirinya terus kembali ke fitrah.

Semoga program yang dianjurkan ini, dapat mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap komuniti ini dalam membantu menjadi muslim yang taat pada agama dan berjaya di masa akan datang.⠀

Berita MAIS

Comments are disabled.