PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS SUMBANG DANA RANGSANGAN PENDIDIKAN RM1 JUTA KEPADA KUIS


BANGI 2 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan sumbangan dana berjumlah RM1 juta kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam Majlis Sambutan Jubli Perak KUIS (25 tahun) pada 2 Oktober 2020 yang lalu.

Sumbangan dana itu merupakan dana suntikan rangsangan pendidikan bagi KUIS yang disalurkan melalui peruntukan wang baitulmal MAIS. Bantuan rangsangan ini diberikan kerana KUIS merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah MAIS.

Menerusi sumbangan dana ini membuktikan bahawa, MAIS mengambil berat hal kebajikan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang memberi tumpuan terhadap pembangunan pendidikan khususnya di Negeri Selangor.

Sumbangan dana telah disampaikan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS kepada Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri, Rektor KUIS.

Syabas dan tahniah kepada warga KUIS di atas penubuhan dan pencapaian KUIS selama 25 tahun. Semoga KUIS terus mengekalkan visi dan misi untuk melahirkan lebih ramai Da’i, Ulamak dan Umarak.⠀

Berita MAIS

Comments are disabled.