PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TURUT SERTA DALAM PROGRAM ONE STOP CRISIS ADDICTION CENTRE


HULU LANGAT 3 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyertai Program One Stop Crisis Addiction Centre (OCSA) anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Program ini diadakan bertujuan memberi sokongan psikososial dan rohani kepada klien OCSA serta memupuk nilai-nilai positif di kalangan klien.

Pada mulanya program ini merupakan program pengurangan kemudaratan dengan rawatan terapi gentian metadon di Klinik Kesihatan Batu 9, Hulu Langat sehingga kini dikenali sebagai Program OCSA.

MAIS terlibat dalam program ini bagi memberi penerangan khusus berkaitan proses pemulihan ketagihan melalui rawatan spiritual Islam.

Program telah dirasmikan oleh Dr. Zailiza binti Suli, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat. Turut hadir Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Dr. Nazirah binti Haji Sadiron, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan.⠀

Berita MAIS

Comments are disabled.