[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 13 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS) akan memulakan operasi yang melibatkan perjumpaan dengan pelanggan melalui JANJI TEMU sahaja bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020 bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini terutamanya di Negeri Selangor.

Tindakan yang dilaksanakan oleh MAIS adalah berikutan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan mula dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam 14 Oktober 2020.

Justeru itu, pihak MAIS mengambil langkah proaktif dengan memastikan setiap pelanggan yang berurusan di MAIS perlu mendapatkan tarikh janji temu terlebih dahulu bagi setiap perkhidmatan yang telah ditetapkan. Janji temu tersebut bolehlah dibuat menerusi nombor talian yang disediakan atau email terus ke pro@mais.gov.my.

Hanya pelanggan yang mempunyai janji temu sahaja yang dibenarkan berurusan di premis MAIS dan hendaklah sentiasa mematuhi langkah pencegahan Covid-19.

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan beserta nombor telefon untuk dihubungi:

1. Pengurusan Wasiat, Hibah, Harta Pusaka dengan perkara berkaitan Baitulmal (019-3830032 / 019-2661404 / 03-55143773 / 3772)

2. Sewaan Hartanah (019-2302040 / 019-2640631 / 03-5514 3400 ext 2187)

3. Bahagian Pendaftaran Muallaf (014-3245146 / 03-33614000)

4. Bahagian Pemulihan Ar-Riqab (019-2646277 / 03-33614088 / 03-33614080)

5. Bahagian Kewangan (019-666 4123 / 03-55143753 / 03-55142741)

6. Unit Guaman Syarie – Nasihat Perundangan Syariah & Permohonan Bantuan Guaman Syarie (03-55143643)

Walaubagaimanapun, orang ramai amat digalakkan berurusan melalui perkhidmatan atas talian menerusi laman web MAIS di www.mais.gov.my.

Untuk info lanjut boleh hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MAIS di talian 03-5514 2175.

Marilah sama-sama kita mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar wabak Covid-19 ini dapat ditangini bersama khususnya di Negeri Selangor dan Malaysia amnya.

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada penyakit Covid-19 ini.

.â €[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor