[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 9 November – Bagi memastikan urusan bersama pelanggan tetap dapat dilaksanakan dengan baik, MAIS akan meneruskan operasi yang melibatkan perjumpaan dengan pelanggan melalui JANJI TEMU sehingga 6 Disember ini.

Waktu urusan bersama pelanggan yang telah mendapat tarikh janji temu adalah dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang.

Tindakan yang dilaksanakan oleh MAIS adalah berikutan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Justeru itu, pihak MAIS mengambil langkah proaktif dengan memastikan setiap pelanggan yang berurusan di MAIS tetap diteruskan namun, perlu mendapatkan tarikh janji temu terlebih dahulu kecuali bagi urusan pembayaran di kaunter kewangan yang dibuka sehingga jam 3.00 petang.

Janji temu tersebut bolehlah dibuat menerusi nombor telefon yang disediakan atau email terus ke pro@mais.gov.my.

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan beserta nombor telefon untuk dihubungi:

  1. Pengurusan Wasiat, Hibah, Harta Pusaka dengan perkara berkaitan Baitulmal (019-3830032 / 019-2661404 / 03-55143772 / 3772 / 3773)
  2. Sewaan Hartanah (019-2302040 / 019-2640631 / 03-5514 3400 ext 2187)
  3. Bahagian Pendaftaran Muallaf (014-3245146 / 03-33614000)
  4. Bahagian Pemulihan Ar-Riqab (019-2646277 / 03-33614088 / 03-33614080)
  5. Bahagian Kewangan (019-666 4123 / 03-55143753 / 03-55142741)
  6. Unit Guaman Syarie – Nasihat Perundangan Syariah & Permohonan Bantuan Guaman Syarie (03-55143643)

Untuk info lanjut orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat MAIS di talian 03-5514 2175.

Marilah sama-sama kita mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar wabak COVID-19 ini dapat ditangani bersama khususnya di Negeri Selangor dan Malaysia amnya.

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada wabak COVID-19 ini.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor