[vc_row][vc_column][vc_column_text]HULU LANGAT 21 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyalurkan 1000 set makanan kering kepada penduduk daerah itu yang terjejas akibat banjir dalam kejadian pada 4 November lalu.

Anggota MAIS, Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian berkata, program bantuan ini membabitkan penduduk di sekitar Hulu Langat dan Sepang yang terjejas teruk akibat banjir.

“Sebanyak 964 set makanan kering berupa beras, minyak, gula, tepung dan susu diagihkan kepada wakil ketua kampung sekitar Hulu Langat dan selebihnya diagihkan kepada penduduk daerah Sepang.

“Sumbangan MAIS ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung penduduk yang terjejas,” katanya.

Secara keseluruhan bantuan yang disalurkan bernilai RM50,000 menerusi peruntukan baitulmal MAIS dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS).

Ketua Kampung Batu 20, Sungai Lui, Mohd Ramdan Kamso berkata, sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban penduduk kampung.

“Terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas sumbangan makanan kering yang diberikan, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban penduduk kampung,” katanya.

Turut hadir Setiausaha MAIS, Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar; Ahli Jawatankuasa Pelaburan MAIS, Hajah Rohani Dato’ Shahir; Penghulu Mukim Hulu Langat, Norezudin Kamaruddin.

Pegawai Tadbir Agama Hulu Langat, Mahayudin Abu Bakar; Pengurus Besar TERAS, Mohd Hasnul Redza Abd Rahim dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Mohd Na’aim Harun.â €[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4554″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4555″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor