[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 24 Nov – 18 buah rumah anak yatim yang berdaftar di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menerima sumbangan sebanyak RM4,000.00 sebuah.

Bantuan ini disampaikan sempena Program Ramah Mesra EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan.

Program ini bertujuan bagi menyampaikan sumbangan kepada pengusaha-pengusaha rumah anak yatim di Negeri Selangor telah  dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor,  Tn. Mohd Khairuddin Othman.

Katanya, “kerjasama ini adalah usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan nilai-nilai murni dalam kalangan penghuni rumah anak yatim dan rumah kebajikan tanpa mengira latar belakang selaras dengan dasar Selangor Negeri ‘Smart and Caring’.”

Turut hadir ialah Tuan Muhammad Hafiz Shaari (Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Ustaz Suhaimi bin Ismail (Pengarah Pembangunan Sosial MAIS), Encik Ahmad Noruddin Haji Abdul rahman (Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Perundangan JKM Negeri Selangor) dan Encik Nur Mohd Razali bin Abdullah (Pengurus Besar YIDE).

YIDE merupakan sebuah anak syarikat MAIS yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia kebajikan anak-anak yatim di Negeri Selangor dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4560″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4562″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4561″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4563″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor