[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 28 November – Simpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di negara Kemboja, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tampil menghulurkan bantuan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada 200 buah keluarga Islam Kemboja yang terdiri daripada keluarga fakir,miskin dan anak yatim yang terjejas.

Sumbangan yang menggunakan peruntukan Baitulmal MAIS itu, bertujuan untuk memenuhi maslahah ummah terutamanya membantu berkaitan keperluan mangsa bagi meringankan bebanan mereka.

Menurut Setiausaha MAIS, Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, pihaknya mendapati mereka juga perlu dibantu agar penderitaan mangsa banjir di negara itu dapat diringankan.

“MAIS berharap, sumbangan ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban mereka untuk kembali membina kehidupan baharu,” katanya.

Menurutnya lagi, MAIS telah menyalurkan wang sumbangan itu melalui Persatuan Kebajikan Pendidikan Islam Kemboja bagi menguruskan agihan bantuan terbabit.

Tambahnya lagi, wang sumbangan tersebut diuruskan untuk membeli makanan kering seperti beras, gula, minyak masak dan susu bagi memenuhi keperluan keluarga yang terjejas.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat khususnya di Selangor yang sentiasa mempercayai MAIS dan sentiasa menggunakan perkhidmatan Baitulmal MAIS seperti sedekah, fidyah, wasiat, hibah dan sebagainya. Melalui wang tersebut MAIS dapat menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Pada 23 Oktober lalu, umat Islam di negara Kemboja diuji dengan bencana banjir. Antara yang wilayah yang terjejas adalah Wilayah Pusat, Kandal, Banttangbong Kg Cham dan Phnom Penh.

Sebelum itu, MAIS turut menyumbang bantuan kepada mangsa banjir di Hulu Langat dan Sepang berjumlah RM50,000 kepada 1000 keluarga mangsa banjir.â €[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4569″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4571″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4570″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4572″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor