[vc_row][vc_column][vc_column_text]PUTRAJAYA 24 Disember – Majlis Penghargaan Anggota MAIS dan Anggota Jawatankuasa MAIS Sesi 2018 – 2020 disambut meriah dengan kehadiran pengurusan tertinggi MAIS dan Jabatan- jabatan Hal Ehwal Islam Selangor.

Majlis yang julung kali diadakan ini, merupakan majlis penghargaan bagi meraikan jasa dan pengorbanan Anggota MAIS dan Anggota Jawatankuasa MAIS yang telah berkhidmat selama tiga tahun bermula tahun 2018 sehingga tahun 2020.

Majlis ini juga turut memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua Anggota MAIS dan Anggota Jawatankuasa MAIS yang telah menabur khidmat bakti sepanjang tempoh pelantikan.

Timbalan Pengerusi MAIS, Dato Haji Emran Haji Kadir dalam ucapannya berkata, penganjuran majlis ini sebagai satu usaha MAIS bagi meraikan para Anggota MAIS dan Anggota Jawatankuasa MAIS yang telah memberi komitmen sepenuhnya demi kebaikan hal ehwal agama Islam khususnya di Negeri Selangor.

“Sesungguhnya sumbangan dan jasa inilah yang telah banyak membantu menyediakan peranan Institusi Islam menerusi perkhidmatan terbaik, cekap dan berkesan,” katanya.

Turut hadir ialah YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal merangkap Anggota MAIS; YAD Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Abdul Wahid, Mufti Selangor merangkap Anggota MAIS dan Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4688″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4690″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4689″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4691″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor