PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS SUMBANG RM100 RIBU BANTU SERIBU PENGHUNI RUMAH PEMULIHAN RIQAB


SHAH ALAM 24 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan sumbangan sebanyak RM100 ribu berbentuk pek makanan kering kepada 26 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPR) di sini hari ini yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memastikan mereka sentiasa menjalani kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

Sebanyak 1000 set bekalan makanan kering akan diserahkan kepada penghuni 26 buah RPR yang melibatkan seramai 1000 orang penghuni. Sumbangan makanan kering yang disalurkan termasuklah beras 10kg, tepung gandum 3kg, gula 3kg, minyak masak 5kg, bihun, kicap dan susu dengan nilai RM100 bagi setiap pek.

Menurut Setiausaha MAIS, Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar, dengan bantuan yang disumbangkan kepada RPR yang terkesan dengan PKPB ini diharapkan dapat meringankan bebanan mereka. Selain itu dengan adanya sumbangan ini, diharapkan pihak RPR dapat menumpukan pendapatan yang sedia ada kepada keperluan pemulihan dan rawatan penghuni.

“Melalui sumbangan ini diharap dapat memberi semangat dan motivasi kepada penghuni untuk terus menjalani pemulihan dengan tenang dan sejahtera seterusnya mewujudkan rasa syukur atas nikmat yang diperolehi, ujarnya.”

Antara RPR yang menerima sumbangan ialah Baitul Islah Bukit Beruntung (45 penghuni), Hidayah Insani (30 penghuni), Rumah Sahabat (70 penghuni), Akhlak Insani (90 penghuni), Rumah Saffiyah (50 penghuni), Teduhan Kasih (65 orang penghuni) dan 20 lagi rumah RPR.

Penyerahan bantuan kepada 26 buah rumah ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 24 Disember sehingga 28 Disember melibatkan daerah Klang, Petaling, Kuala Selangor, Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sabak Bernam. Agihan sumbangan ini diuruskan oleh Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) yang merupakan anak syarikat di bawah MAIS.

Simbolik penyerahan mock-up bantuan disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal merangkap Anggota MAIS kepada salah seorang pengurus RPR. Hadir sama, Pengurus Besar TERAS, Mohd Hasnul Redza Abdul Rahim dan Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.⠀

Berita MAIS

Comments are disabled.