PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

AGIHAN SUMBANGAN RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS KUALA SELANGOR DAN GOMBAK


SHAH ALAM 25 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan agihan sumbangan kepada Rumah Pemulihan Riqab (RPR) bagi daerah Kuala Selangor dan Gombak hari ini.

Penyampaian sumbangan hari ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mujaini bin Tarimin, Anggota MAIS melibatkan tujuh (7) buah RPR.

Penyampaian dimulakan dengan  penyerahan sumbangan di Darul Islah Sungai Serdang.

Setiap penerima sumbangan menerima barangan kering bernilai RM100.00 setiap satu, melibatkan 40 orang penerima dengan jumlah keseluruhan RM4,000.00.

Wakil penerima bagi sumbangan hari ini ialah Hj. Mohamad Azra’ai bin Hj Ahmad Shuhod, Pengerusi Darul Islah Sg Sedang.

RPR  yang terlibat dalam penyampaian hari ini ialah Rumah PAKAT, Rumah Safiyyah, Rumah Penawar, Raudatus Sakinah, Rumah Kebajikan Bina Budi dan Pusat Jagaan Titian OKU Nur.

Untuk makluman, pengagihan sumbangan ini bermula 24 sehingga 28 Disember berjumlah RM100 ribu melibatkan 26 buah rumah RPR dengan jumlah penghuni keseluruhannya seribu orang.

Jumlah keseluruhan agihan sumbangan ini bermula Mei 2020 (Fasa 1) dan fasa 2 (Disember) kepada RPR dalam tempoh PKPB  adalah sebanyak RM200 ribu.

Turut hadir majlis sumbangan hari ini,  Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.

.⠀

Berita MAIS

Comments are disabled.