[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 30 Disember – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj mengikut Subseksyen 11 (1) dan (2), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 telah perkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Y.A.D. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021

Majlis tersebut telah disempurnakan dalam satu (1) majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS bagi Sesi 2021 – 2023 dan Ahli Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Berdaftar Sesi 2021 – 2023 serta Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menyampaikan watikan pelantikan kepada 21 orang Anggota MAIS bagi Sesi 2021 – 2023. Mereka terdiri daripada enam (6) Ex-Officio iaitu Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, Y.B. Pegawai Kewangan Negeri, Sahibus Saadah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Y.D.H. Ketua Polis Negeri Selangor, Sahibus Saadah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan 10 lagi anggota daripada lantikan sebelum ini.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada lima (5) orang Anggota MAIS yang baharu bagi sesi 2021 – 2023 iaitu Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Mazlan bin Mansor, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Y.D.M. Tengku Seri Paduka Shah Bandar Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Alhaj bin Tengku Abdul Hamid Shah Alhaj dan Y.D.H. Dato’ Kurnia Bakti Diraja Dato’ Mohd Effendi bin Abdullah. Pelantikan sebagai Anggota MAIS ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2023.

Pelantikan ini selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah Subseksyen 11 (1) dan (2) yang menyatakan:

(1) “Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:

(a) seorang Pengerusi;

(b) seorang Timbalan Pengerusi;

(c) lima orang anggota atas nama jawatan yang hendaklah terdiri daripada orang yang pada masa itu memegang jawatan yang berikut:

  1. Setiausaha Kerajaan Negeri;
  2. Penasihat Undang-Undang Negeri;

iii. Pegawai Kewangan Negeri;

  1. Mufti;
  2. Ketua Polis Negeri;
  3. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor; dan

(d) tidak kurang daripada lapan (8) anggota lain, sekurang-kurangnya lima daripada mereka hendaklah yang arif dalam agama Islam.

(2) “Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota-anggota lain yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas budi bicara baginda bagi apa-apa tempoh tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan”.

Pelantikan ini, menjadikan keseluruhan Anggota MAIS bagi sesi 2021 – 2023 berjumlah 21 orang dengan diketuai oleh Y.A.D. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof selaku Pengerusi MAIS.

Pada majlis yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada 11 orang Ahli Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) sesi 2021-2023 yang diketuai oleh Y.A.M. Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail, Pengerusi Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Seterusnya Y.A.D. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin bin Buang pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023.

Pelantikan Anggota Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) adalah dengan kelulusan Majlis dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Selain itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor turut berkenan melantik Y.A. Tuan Mohamad Khalid bin Share @ Shaii, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang berkuatkuasa mulai 16 Disember 2020. Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pula adalah di bawah subseksyen 58 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

MAIS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima watikah dalam Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS Sesi 2021-2023 dan Ahli Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Berdaftar Sesi 2021-2023 serta Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Semoga pelantikan ini dapat mengukuhkan lagi tadbir urus hal ehwal Islam Negeri Selangor dan seterusnya memacu kemajuan ummah Islam di Negeri Selangor.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4707″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4709″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4708″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4710″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor