[vc_row][vc_column][vc_column_text]KUALA SELANGOR, 29 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengagihkan bantuan fidyah kepada penerima daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Seramai 309 orang penerima yang layak telah mendapat bantuan set makanan kering membabitkan jumlah keseluruhan agihan fidyah sebanyak RM1299.

Bantuan makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu telah disampaikan oleh Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Turut menyampaikan agihan bantuan ialah Mohd Romzi Mohd Sani, Pengurus Pendaftar Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS.

Menerusi bantuan fidyah yang diagihkan ini, secara tidak langsung dapat meringankan beban kepada penerima yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

MAIS akan mengagihkan bantuan fidyah ini kepada penerima yang layak secara berperingkat dari masa ke semasa.

Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasa pada Ramadhan pada sesuatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya.

Umat Islam yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4698″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4699″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor