[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 31 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM81,700 kepada golongan penerima yang memerlukan.

Daripada jumlah itu, seramai 817 orang penerima yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan susu.

Menerusi agihan fidyah ini, diharap dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutamanya kepada mereka yang terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB).

Bantuan agihan diuruskan oleh MAIS dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) yang terpilih dan masjid-masjid di daerah yang terlibat.

Antara NGOi yang terlibat dalam agihan fidyah MAIS ialah Sahabat Hospital Selangor, PERKIM Cawangan Klang, Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam (ICARE) Dan Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat.

Terdahulu, MAIS telah mengagihkan bantuan fidyah di daerah Klang/Petaling/Kuala Langat (298 penerima), daerah Kuala Selangor/Sabak Bernam (309 penerima) daerah Hulu Langat (122 penerima).

Bantuan turut disalurkan kepada mereka yg terlibat di dalam kawasan PKPD di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang untuk 88 orang penerima.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4725″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4726″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor