[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 6 Januari – Pengerusi Baharu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, bersama anggota MAIS yang baharu hari ini bertemu Ketua Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor (JHEI), Ketua Pegawai Eksekutif Agensi dan Pengurus Besar Anak-anak Syarikat MAIS.

Program yang dikenali sebagai Induksi Pengerusi Dan Anggota MAIS Baharu Sesi 2021-2023 Bersama JHEI, Agensi Dan Anak Syarikat ini bertujuan berkongsi maklumat dan perkembangan organisasi masing-masing.

Pengerusi MAIS turut menyampaikan amanat kepada barisan pimpinan JHEI, agensi dan anak syarikat MAIS dan pebincangan dua hala turut diadakan.

JHEI terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

Manakala Agensi dan Anak Syarikat MAIS terdiri daripada Lembaga Zakat Selangor dan Perbadanan Wakaf Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd., Yayasan Islam Darul Ehsan dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd.

Hadir sama Setiausaha MAIS, Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar dan pengurusan tertinggi MAIS.

Semoga usaha ini dapat memperkasa pengurusan perkhidmatan MAIS demi manfaat masyarakat Islam di negeri Selangor.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor