[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 15 Januari 2021 – Hujan yang berterusan melanda beberapa negeri pada awal bulan ini telah membawa musibah bencana banjir kepada penduduk di beberapa daerah di Negeri Pahang.

Cakna akan nasib yang menimpa rakyat di Negeri Pahang, MAIS melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bersama Agensi dan Anak Syarikat MAIS yang lain mengagihkan bantuan pek makanan buat penduduk yang terkesan di Daerah Temerloh khususnya.

Sebanyak 200 kotak pek makanan diagihkan untuk 200 keluarga daripada Kampung Baduk dan Kampung Teluk Sentang, Temerloh.

Pek makanan ini mengandungi beras, tepung gandum, gula, minyak masak, bihun, kicap, susu pekat, air mineral, biskut dan garam di samping selimut, pek penjagaan kesihatan iaitu berus dan ubat gigi serta sabun mandi, kain pelikat dan kain batik.

Majlis pelancaran konvoi diadakan di perkarangan Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam secara ringkas dan telah dilancarkan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz B. Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan turut dihadiri oleh Y.Bhg. Setiausaha MAIS, Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar.

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan melalui pengumuman Menteri Kanan Pertahanan pada tempoh hari telah membenarkan Misi Bantuan Banjir dilaksanakan di beberapa lokasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan dengan syarat memohon kebenaran Polis dan Pusat Bencana Daerah.

Konvoi pengagihan bantuan kepada mangsa banjir Pahang kali ini disertai wakil daripada MAIS, YIDE, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd, dan Teraju Ekonomi Asnaf Selangor (TERAS).

Hadir sama dalam pelancaran konvoi ialah Dato’ Dr. Haji Anhar Haji Opir, Timbalan Mufti Selangor; Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan Hasnul Redza Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4871″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4873″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4872″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4874″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor