[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 26 Januari – Merujuk kepada kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 21 Januari 2021 berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 4 Februari 2021, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menangguhkan operasi yang melibatkan pertemuan dengan orang ramai bermula 26 Januari sehingga 4 Februari 2021.

Walaubagaimanapun, operasi di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah berjalan seperti biasa.

Orang ramai masih boleh terus berurusan dengan MAIS menerusi pelbagai perkhidmatan atas talian yang disediakan di laman sesawang rasmi iaitu www.mais.gov.my.

Perkhidmatan secara atas talian yang disediakan melalui laman web MAIS ialah Permohonan Wasiat (e-wasiat), e-Aduan, Katalog Hartanah MAIS, Sumbangan Sedekah, Bayaran Premis/Tanah Baitulmal, Sewaan Hartanah, Bayaran Utiliti Premis MAIS, Bayaran Tebus Pusaka, Sumbangan Saham Wakaf Selangor, Sumbangan Anak Yatim, Penyerahan Wang Tidak Patuh Syariah dan Penyerahan Wang Orang Berhutang.

Untuk terus berinteraksi, orang ramai amat digalakkan bersama MAIS di media sosial rasmi MAIS iaitu di Facebook Majlis Agama Islam Selangor dan Instagram mais_officialhq. Orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-5514 3400 atau email ke pro.mais.gov.my.

Memudahkan urusan orang ramai adalah menjadi keutamaan MAIS, oleh itu teruslah berurusan melalui talian di samping mematuhi arahan kerajaan berkaitan PKP.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor