[vc_row][vc_column][vc_column_text]MARAN, 29 Januari – Simpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di Negeri Pahang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) meneruskan misi bantuan banjir kepada penduduk yang terjejas hari ini.

Sebanyak 200 kotak pek makanan diagihkan untuk 200 ahli keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Maran khususnya dengan nilai keseluruhan sumbangan berjumlah RM20,000.

Pek makanan kering mengandungi beras, tepung gandum, gula, minyak masak, kicap, bihun, susu pekat, air mineral, biskut dan garam di samping pek penjagaan kesihatan dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS).

Sumbangan bertujuan untuk memenuhi maslahah ummah terutamanya membantu berkaitan keperluan mangsa bagi meringankan bebanan mereka.

Sumbangan disampaikan oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS kepada YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Menurut YB. Dato’ Sri Hajah Shahniza, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan MAIS terhadap warga Pahang atas sumbangan yang diberikan.

Hadir sama Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan Mohd Hasnul Redza Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS.

Turut hadir Sharuddin Jali, Pegawai Daerah Maran; Mohd Afandi Abd Rani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Maran dan Mohd Syaiful Azli Ab Rahman, Penolong Pegawai Daerah Maran.

Pada 15 Januari lalu, MAIS melalui YIDE dengan kerjasama TERAS telah menyerahkan sumbangan bantuan banjir kepada penduduk yang terjejas di daerah Temerloh dengan nilai sumbangan sebanyak RM20,000.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4918″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4919″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor