[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 4 Februari – Merujuk kepada kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 Februari 2021 berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 18 Februari 2021, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menangguhkan operasi yang melibatkan pertemuan dengan orang ramai sehingga 18 Februari 2021.

Kecuali bagi, perkhidmatan Baitulmal MAIS yang dibuka secara bersemuka melalui penetapan janji temu terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, operasi di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah berjalan seperti biasa.

Bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal MAIS, orang ramai boleh mendapatkan tempahan janji temu menerusi https://www.picktime.com/baitulmalmais. Antara perkhidmatan yang disediakan menerusi aplikasi itu ialah Wasiat, Hibah, Harta Pusaka, Pengamanahan, Fidyah, Kaffarah, Sedekah, Wang Tidak Patuh Syariah, Wang Orang Berhutang, Wang Tidak Dituntut, Harta Luqatah dan pendaftaran muallaf.

Orang ramai masih boleh terus berurusan dengan MAIS menerusi pelbagai perkhidmatan atas talian yang disediakan di laman sesawang rasmi iaitu www.mais.gov.my.

Perkhidmatan secara atas talian yang disediakan melalui laman web MAIS ialah Permohonan Wasiat (e-wasiat), e-Aduan, Katalog Hartanah MAIS, Sumbangan Sedekah, Bayaran Premis/Tanah Baitulmal, Sewaan Hartanah, Bayaran Utiliti Premis MAIS, Bayaran Tebus Pusaka, Sumbangan Saham Wakaf Selangor, Sumbangan Anak Yatim, Penyerahan Wang Tidak Patuh Syariah dan Penyerahan Wang Orang Berhutang.

Untuk terus berinteraksi, orang ramai amat digalakkan bersama MAIS di media sosial rasmi MAIS iaitu di Facebook Majlis Agama Islam Selangor dan Instagram mais_officialhq. Orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-5514 3400 atau email ke pro.mais.gov.my.

Memudahkan urusan orang ramai adalah menjadi keutamaan MAIS, oleh itu teruslah berurusan melalui talian di samping mematuhi arahan kerajaan berkaitan PKP.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor