[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 9 Februari 2021 – Walaupun berada dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak menghalang pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk meneruskan bantuan agihan fidyah kepada mereka yang memerlukan

Alhamdulillah, pada hari ini 9 Februari 2021, MAIS telah mengagihkan sumbangan fidyah kepada 89 orang penerima yang layak di daerah Klang dengan nilai sumbangan berjumlah RM8,900.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya ialah Surau Darul Akhyar, Masjid Nurul Jannah, Surau Ar-Rahman Taman Cempaka Sari, Masjid Kiayi Haji Abdullah Omar, Surau Al-Faizin dan Surau At-Taqwa dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).

Setiap penerima bantuan menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100.

Semoga bantuan yang diagihkan dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang terkesan dalam tempoh PKP.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4954″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4956″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4955″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4957″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor