PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS AGIH BANTUAN FIDYAH KEPADA PENERIMA DAERAH PETALING – Salur bantuan berjumlah RM9,300 kepada 93 orang penerima


PETALING, 9 Februari 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengagihkan bantuan fidyah berupa set makanan kering kepada 93 orang penerima yang layak dengan nilai bantuan berjumlah RM9,300.

Bantuan membabitkan tiga lokasi penyerahan agihan iaitu di Pertubuhan Kebajikan An-Naafi’, Surau An-Namira dan Surau Al-Firdaus dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).

Penyerahan sumbangan berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, tepung, gula dan susu disampaikan oleh Ustaz Mohd Hidayat Mohd Suhaimi, Penolong Pengurus, Baitulmal Daerah Klang & Kuala Langat.

Secara keseluruhan pada hari ini, MAIS telah mengagihkan bantuan fidyah berjumlah RM18,200 melibatkan daerah Klang dan Petaling.

Menerusi kutipan bayaran fidyah orang ramai ini, MAIS mengagihkan bantuan kepada penerima yang layak. Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban kepada mereka yang memerlukan.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Berita MAIS

Comments are disabled.