[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 10 Februari 2021 – Seramai 385 keluarga yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa makanan asasi yang terdiri daripada beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai RM100 bagi setiap keluarga.

Kutipan fidyah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM38,500 ini diagihkan kepada penerima yang layak dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dan Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM).

Bantuan fidyah MAIS ini merupakan kutipan fidyah orang ramai yang diagihkan kepada penerima yang memerlukan terutama keluarga yang terjejas sumber pendapatan berikutan pandemik COVID-19.

Majlis penyampaian sumbangan disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Ustaz Adlan Maaruf Mohd Idris, Eksekutif Pemulihan RIqab MAIS.

Bantuan diserahkan melalui RSFM di Masjid Kota Raja, Surau At-Taqwa, Surau Al-Haqq, Surau Ubudiah, Surau Sayyidah Zainab, Surau An-Nubuwwah, Masjid Raja Uda, Maahad Tahfiz Sains Teknologi Darul Ehsan, Surau Al-Ehsan dan Masjid Al-Islah.

TERIMA KASIH KEPADA PEMBAYAR FIDYAH MAIS[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4978″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4979″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor