[vc_row][vc_column][vc_column_text]SEPANG, 13 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menyampaikan sumbangan berupa set makanan asasi kepada 215 orang pemandu limosin Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Sumbangan yang menggunakan wang kutipan fidyah orang ramai ini diagihkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM21,500.

Bantuan berupa set makanan asasi seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan gula disampaikan oleh Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Anggota MAIS. Turut menyerahkan sumbangan ialah Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Menerusi bantuan ini, MAIS mengambil inisiatif untuk membantu pemandu yang turut mengalami kemerosotan pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

MAIS berharap, semoga bantuan yang disampaikan ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penerima.

Bantuan sumbangan diserahkan melalui Rakan Strategik Fidyah MAIS (RSFM) iaitu di Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5007″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5009″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5008″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5010″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor