[vc_row][vc_column][vc_column_text]17 Februari – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan agihan kutipan fidyah orang ramai berjumlah keseluruhan sebanyak RM83,800 hari ini.

Agihan fidyah itu meliputi RM40,800 diagihkan kepada 408 orang penerima di daerah Sepang dan RM43,000 kepada 430 orang penerima di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Setiap penerima menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti beras, tepung, susu, minyak masak dan gula dengan nilai RM100.

Bantuan diberikan kepada penerima yang layak menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya ialah Surau Al-Jabbar, Surau Al-Falah,Masjid An-Nur dan Sekolah Kebangsaan Ijok.

Terima kasih kepada pembayar fidyah, hasil kutipan fidyah MAIS telah kami salurkan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban kepada mereka yang memerlukan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5048″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5050″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5049″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5051″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor