[vc_row][vc_column][vc_column_text]SERENDAH 17 Februari – Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS berbesar hati menerima kunjungan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang diketuai oleh Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah AADK beserta empat pegawai AADK.

Kunjungan lawatan disambut penuh mesra oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah dan Ustaz Rose Efendi Marjumat, Eksekutif Pusat Pemulihan Baitul Islah.

Selain bertukar-tukar maklumat, kunjungan lawatan bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama sebagai rakan strategik terutama dalam memperkasakan operasi Baitul Islah.

Delegasi lawatan juga turut diberikan taklimat ringkas berkaitan Baitul Islah yang disampaikan oleh Penguasa Baitul Islah dan di akhir lawatan delegasi dibawa melawat tapak ke seluruh pusat terutama di blok pentadbiran, klinik dan asrama pelatih.

Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS merupakan sebuah pusat yang menempatkan penagih dadah tegar dan juga penghidap HIV di bawah seliaan Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS.

Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara MAIS dan AADK dalam membantu pemulihan kepada penghuni-penghuni di pusat tersebut.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor