PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAKLUMBALAS MAIS BERHUBUNG VIDEO TULAR YANG DIKAITKAN DENGAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)


SHAH ALAM 18 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)  terpanggil untuk memberi pencerahan berhubung satu video yang dikaitkan dengan pegawai MAIS dan didapati telah tular di medium whatsapp group.

Dalam video tersebut menunjukkan seorang wanita beberapa kali menyebut ustaz dari MAIS yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Pihak MAIS memandang serius perkara ini dan sedang membuat semakan lebih lanjut melalui Sektor Audit dan Integriti.

MAIS juga akan membuat semakan secara menyeluruh dan terperinci  tanpa kompromi kepada semua pihak yang berkaitan adalah penting bagi menjaga nama baik MAIS.

Pihak MAIS kuatir akan timbul keliruan dengan kenyataan dalam video ini lebih-lebih lagi ia boleh menyebabkan salah faham dikalangan orang Islam.

Pihak MAIS memohon wanita di dalam video berkenaan agar tampil untuk berhubung dengan pegawai Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03-55143752 bagi membantu semakan dan pengesahan.

Berita MAIS

Comments are disabled.