PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

RM130,300 Kutipan Fidyah MAIS bantu 1330 Keluarga Yang Terkesan PKP Sekitar Hulu Langat


HULU LANGAT, 20 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan agihan kutipan fidyah berjumlah keseluruhan sebanyak RM130,300 untuk disalurkan kepada 1330 keluarga yang layak.

Jumlah tersebut diagihkan dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) bermula 19 Februari (636 penerima) dan hari ini seramai (667 penerima).

Bantuan diagihkan kepada keluarga yang terkesan di daerah ini, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama individu dan keluarga khususnya golongan B40, peniaga, penjaja yang hilang punca pendapatan dan golongan yang hilang pekerjaan.

Setiap penerima menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti beras, tepung, minyak masak dan gula bernilai RM100.

Bantuan diberikan kepada penerima melalui Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) di pusat agihan terpilih antaranya ialah Surau As-Sakinah, Surau Nur Hidayah, Masjid Bandar Baru Ampang, Surau An-Nur dan Masjid Kariah Kuala Perdik.

Terima kasih kepada pembayar fidyah, hasil kutipan fidyah MAIS telah kami salurkan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban kepada mereka yang memerlukan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berita MAIS

Comments are disabled.