[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM,  10 Mac – Satu Lawatan Mahabbah Ke Rumah Pemulihan Riqab Sekitar Shah Alam Telah diadakan pada 10 Mac 2021. Lawatan ini diketuai oleh Y.Bhg Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Ahli MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS bersama Dato’ Muhammad Ali bin Mohamed, Ahli Jawatankuasa Riqab merangkap Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah Pemulihan Riqab dan disambut baik oleh Pengurus-Pengurus Rumah Pemulihan Riqab dari Rumah Penjagaan Damai, Darul Wardah dan Rumah Puteri Arafiah.

Tujuan utama lawatan ke Rumah Pemulihan Riqab ini adalah untuk melihat pelaksanaan program pemulihan, penjagaan dan perlindungan asnaf riqab di Rumah Pemulihan Riqab disamping perkongsian pengalaman pengurusan dan pentadbiran dari Pengerusi Jawatankuasakuasa Riqab.

Turut hadir dalam lawatan ini daripada MAIS adalah Pengarah Pembangunan Sosial, Pengurus Bahagian Pemulihan Al-Riqab dan Penolong Pengurus Bahagian Pemulihan Al-Riqab.

Semoga dengan pelaksanaan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara pihak MAIS dan pengurusan Rumah Pemulihan Riqab dan memberi semangat kepada pengurusan Rumah Pemulihan Riqab untuk terus memberi sumbangan dan galakan kepada asnaf riqab untuk kembali bertaubat dan mendapat keredhaan Allah SWT.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5172″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5174″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5173″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5175″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor