[vc_row][vc_column][vc_column_text]JENJARUM, 13 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyantuni 716 keluarga masyarakat orang asal yang terkesan dengan pandemik COVID-19 di Negeri Selangor.

Sebanyak RM71,600 diagihkan melalui sumber wang fidyah MAIS kepada keluarga masyarakat orang asal bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiap keluarga menerima bantuan fidyah MAIS berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan bihun bernilai RM100.

Sumbangan yang diagihkan juga bagi membantu memastikan tiada masyarakat orang asal yang tidak mempunyai makanan sepanjang tempoh PKP.

Selain itu sumbangan fidyah ini diagihkan kepada penerima yang layak seperti individu atau keluarga khususnya golongan B40, peniaga, penjaja yang terjejas punca pendapatan dan golongan yang hilang pekerjaan.

Program bantuan ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi), masjid dan surau di daerah yang terlibat.

Sementara itu, MAIS hari ini menyampaikan sumbangan bantuan fidyah kepada 125 keluarga masyarakat orang asal yang terkesan bagi melibatkan wang fidyah sebanyak RM12,500 dengan kerjasama Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM Dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Bantuan juga hari ini turut disalurkan kepada 1,281 orang penerima yang terkesan terutama kepada kakitangan sekolah dengan jumlah agihan fidyah sebanyak RM128,100 di lokasi penyerahan sumbangan di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat melalui Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) MAIS iaitu Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS).

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Setakat ini, MAIS telah mengagihkan wang fidyah sebanyak RM719,100 dengan jumlah penerima sumbangan seramai 7,191 keluarga.

MAIS berharap, bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban dan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang memerlukan.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5189″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5191″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5190″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5192″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor