[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 11 Mac – Pusat Informasi Islam MAIS (PIIM) atau dikenali juga sebagai MAIS Islamic Information Centre (MIIC) yang bertemakan ‘Islam For All’ merupakan sebuah pusat rujukan yang menyediakan informasi dan ilmu pengetahuan berkaitan keindahan ajaran Islam kepada pengunjung luar dan dalam negara. Lokasi PIIM terletak di kawasan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 Shah Alam atau dikenali juga sebagai Blue Mosque (Masjid Biru) di kalangan pelancong luar negara dan mula beroperasi secara rasmi sejak 1 April 2016.

Pusat rujukan ini diwujudkan sebagai satu inisiatif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menangani Islamophobia dan mengurangkan salah tanggapan terhadap agama Islam. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh PIIM ialah lawatan galeri, soal jawab Islamophobia, Inter-Faith Talk, Iftar Ramadan bersama pelancong, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pelancong, Program Sambutan Maulidur Rasul, Majlis syahadah, Kelas Al-Quran dan Bahasa Arab, Kelas Iqra Muallaf, Diskusi Ilmiah, dan lain-lain lagi.

Pusat ini berfungsi sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara yang ingin mengenali dan mengetahui berkaitan ajaran agama Islam. Para pelancong yang datang melawat akan merasai pengalaman baru apabila dibawa menerokai keindahan agama Islam secara visual dan infografik yang disediakan. Buku, risalah dan cenderahati diberi kepada pengunjung yang bertuah.

Statistik pelancong yang melawat PIIM meningkat saban tahun. Sejak tahun 2016 sehingga tahun 2020, jumlah keseluruhan pelancong yang mengunjungi PIIM adalah seramai 14,240 orang. Di mana 69.2% daripada jumlah tersebut merupakan pengunjung non Muslim dan 30.8% terdiri daripada pengunjung Muslim. Pelancong dari negara Jepun menduduki tangga tertinggi mengunjungi PIIM setiap tahun iaitu sebanyak 50.4% (7,172 orang). Seterusnya diikuti dengan negara China, Taiwan, Hong Kong dan USA.

MAIS telah melantik Islamic Outreach ABIM Centre (IOAC) sebagai operator untuk mengoperasikan pusat ini yang dibuka 7 hari seminggu kecuali cuti umum. Waktu operasi bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran (percuma).

Orang ramai yang berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan PIIM, bolehlah kunjungi facebook MAIS Islamic Information Centre

https://www.facebook.com/MAIS.IIC/ atau dialu-alukan datang terus melawat ke pusat ini.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Koordinator PIIM ditalian 011-6189 2146 atau 013-394 2736.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5181″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5183″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5182″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5184″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor