[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 24 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, Sektor Pembangunan Sosial telah mengadakan Muzakarah Panduan Sambutan Perayaan Bukan Islam kepada Masyarakat Islam dan Muallaf.

Perbincangan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Anggota MAIS merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf.

Muzakarah antara lain membincangkan elemen-elemen sama ada kepercayaan agama atau adat budaya yang terdapat dalam sambutan perayaan bukan Islam.

Selain itu, dalam muzakarah ini turut membincangkan garis panduan umum kepada masyarakat Islam dan muallaf terutama berkaitan dengan sambutan perayaan bukan Islam.

Hadir dalam perbincangan ialah Mohd Shukri Sulaiman, Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Selangor; Dr. Johari Abdullah@Yap Guan Kheng, Ahli Jawatankuasa Muallaf MAIS dan Dr. Hajah Adibah Abdul Awang, Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf LZS.

Turut hadir Bro Firdaus Wong Wai Hung, Presiden MRM; Suhaimi Ismail, Ketua Pendaftar Muallaf dan Mohd Romzi Abdullah, Pendaftar Muallaf.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5273″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5274″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor