[vc_row][vc_column][vc_column_text]PUTRAJAYA 2 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengadakan lawatan rasmi ke pejabat Menteri Jabatan Perdana Menteri (Agama) diketuai oleh YAD Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.

Lawatan disambut mesra oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Antara lain tujuan lawatan ialah mengadakan perbincangan bagi usaha penyelarasan isu-isu agama dan perundangan syariah.

Turut hadir dalam lawatan mewakili MAIS ialah Prof. Madya Dr. Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Anggota MAIS; Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan Cik Nurhani Salwa Jamaluddin, Penasihat Undang-Undang MAIS.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuh kerjasama antara MAIS dan Kerajaan Persekutuan khususnya, bagi usaha penyelarasan isu-isu agama dan perundangan syariah.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5307″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5309″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5308″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5310″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor