[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 1 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana RM500,000 setiap tahun bagi kebajikan anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), anak syarikat MAIS.

Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyantuni anak yatim di Negeri Selangor, MAIS memperuntukkan dana itu daripada Baitulmal MAIS.

“YIDE selaku penyelaras anak-anak yatim dan rumah pertubuhan anak yatim di Selangor adalah pihak bertanggungjawab menguruskan dana itu untuk pelbagai program.

“Melalui dana itu, ia akan digunakan untuk kebajikan anak yatim seperti sumbangan bantuan hari raya dan juga dimanfaatkan untuk pengurusan rumah anak yatim yang berdaftar di bawah YIDE.

“Sehingga kini, lebih 8,000 orang anak yatim di Negeri Selangor yang berdaftar melalui YIDE.

“Antara program yang dilaksanakan untuk anak yatim melalui YIDE ialah Sumbangan Hari Raya, Bantuan Pra Persekolahan, Berkhatan Perdana, Kem Motivasi dan Riadah Santai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Hi-Tea Bersama Pengamal Media, Rakan Strategik dan Pelancaran Kempen Sedekah Tabung Anak Yatim Negeri Selangor 2021.

Yang turut hadir, Pengerusi YIDE, Dato’ Haji Bakhtiar Hussin dan Setiausaha MAIS, Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5315″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5317″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5316″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5318″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor