[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 1 April – Majlis Hi-Tea Bersama Pengamal Media dan Rakan Strategik MAIS disambut meriah dengan kehadiran para pengamal media cetak, elektronik, blogger dan Rakan Strategik MAIS yang diadakan di sini semalam.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 20 rakan media antaranya ialah RTM, TV Alhijrah, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan, Kosmo, Radio IKIM, Karangkraf dan Kelab Blogger Ben Ashaari. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Rakan Strategik MAIS iaitu pegawai di Pejabat Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Majlis yang diadakan bertujuan untuk merai rakan-rakan media dan Rakan Strategik MAIS yang banyak membantu MAIS dalam menyebarkan berita-berita berkaitan serta program rasmi MAIS selain mengukuhkan hubungan silaturrahim.

Selain itu, penganjuran majlis ini sebagai satu usaha simbolik penghargaan dan meraikan para pengamal media sepanjang tahun 2020 yang telah memberi kerjasama yang mantap dalam membuat liputan berita MAIS meliputi kejayaan, peristiwa dan aktiviti semasa MAIS.

Dalam majlis ini turut diadakan penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata yang disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS diiringi oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5300″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5302″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5301″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5303″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor