[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 8 APRIL – Satu lawatan mahabbah ke Rumah Pemulihan Riqab sekitar Shah Alam yang diketuai oleh Y.Bhg Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Ahli MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS bersama Dato’ Muhammad Ali bin Mohamed, Ahli Jawatankuasa Riqab merangkap Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah Pemulihan Riqab dan disambut baik oleh Pengurus-Pengurus Rumah Pemulihan Riqab dari Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih (PAKATS) dan Rumah Kebajikan Bukit Kerayong dan Darul Islah Sungai Sedang.

Tujuan utama lawatan ke Rumah Pemulihan Riqab ini adalah untuk melihat pelaksanaan program pemulihan, penjagaan dan perlindungan asnaf di Rumah Pemulihan Riqab serta perbincangan teknikal kebenaran merancang Rumah Pemulihan Riqab disamping perkongsian pengalaman pengurusan dan pentadbiran dari Pengerusi Jawatankuasakuasa Riqab.

Turut hadir dalam lawatan ini adalah Ahli Lembaga Pelawat Rumah Pemulihan Riqab, Ketua Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS dan wakil dari Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)

Semoga dengan pelaksanaan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara pihak MAIS dan pengurusan Rumah Pemulihan Riqab dan memberi semangat kepada pengurusan Rumah Pemulihan Riqab untuk terus memberi sumbangan dan galakan kepada asnaf riqab untuk kembali bertaubat dan mendapat keredhaan Allah SWT.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5359″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5360″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor