[vc_row][vc_column][vc_column_text]SABAK BERNAM 10-11 April –  MAIS telah mengadakan Lawatan Mahabbah ke Rumah Pemulihan Riqab sekitar Daerah Sabak Bernam yang diketuai oleh Y.Bhg Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Ahli MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS. Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah Dato’ Muhammad Ali bin Mohamed, Ahli Jawatankuasa Riqab merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Rumah Pemulihan Riqab serta Y.Bhg Prof. Madya Dr Salasiah Binti Hanim Hamjah, Ahli Jawatankuasa Riqab merangkap Pengerusi Lembaga Pelawat Baitul Ehsan

Lawatan tersebut disambut baik oleh Pengurus-Pengurus Rumah Pemulihan Riqab dari Rumah Penawar Sungai Panjang dan Darul Islah Sungai Air Tawar.

Lawatan Mahabbah juga melibatkan lawatan Pengerusi beserta rombongan ke Baitul Ehsan, MAIS di Sabak Bernam pada Hari berikutnya.

Tujuan utama lawatan ke Rumah Pemulihan Riqab Dan Rumahn Pemulihan Majlis adalah untuk melihat pelaksanaan program pemulihan, penjagaan dan perlindungan asnaf di Rumah Pemulihan Riqab serta perbincangan teknikal kebenaran merancang Rumah Pemulihan Riqab yang ada. Disamping perkongsian pengalaman pengurusan dan pentadbiran dari Pengerusi Jawatankuasakuasa Riqab MAIS Dan ahli rombongan lain yang Hadir.

Turut hadir dalam lawatan ini adalah Ahli Lembaga Pelawat Rumah Pemulihan Riqab,  Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS, Ketua Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS dan wakil dari Pengrusan  Tertinggi dari Mental Health Foundation yang diketuai oleh Y.Bhg Mejar Janeral (B) Dato’ Hashim bin Yahya.

Semoga dengan pelaksanaan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara pihak MAIS dan pengurusan Rumah Pemulihan Riqab dan memberi semangat kepada pengurusan Rumah Pemulihan Riqab untuk terus memberi sumbangan dan galakan kepada asnaf riqab untuk kembali bertaubat dan mendapat keredhaan Allah SWT.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5402″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5404″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5403″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5405″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor