[vc_row][vc_column][vc_column_text]JUGRA 12 April 2021 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof hari turut serta dalam program melihat anak bulan Ramadhan 1442H di Baitul Hilal, Bukit Jugra.

Turut hadir dalam program ini adalah Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Setiausaha MAIS, Sahibus Saadah Dato’ Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Yang diPertua Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor, Pengarah Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Langat.

Program ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) dalam menentukan anak bulan Ramadhan bagi setiap tahun.

Terdahulu program dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan tahlil dan kemudian disusuli dengan taklimat Pencerapan Hilal Ramadhan 1442H yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Zambri Zainuddin, Yang diPertua Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5412″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5414″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5413″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5415″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor