PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERIMA LAWATAN KERJA DARI LEMBAGA TABUNG HAJI


SHAH ALAM 14 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan daripada Lembaga Tabung Haji yang diketuai oleh Datin Musalimah Mustaffa, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Simpanan & Pengeluaran, Lembaga Tabung Haji.

Lawatan seramai empat orang pegawai disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS. Lawatan bertujuan mengetahui modul latihan yang disediakan oleh Sektor Baitulmal, MAIS dalam bab pemahaman pengurusan harta pusaka Islam yang melibatkan faraid, wasiat dan hibah.

Turut hadir dalam perbincangan ialah Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani Pengurus Bahagian Baitulmal dan Ustaz Mohammad Salleh Abdul Saha Penolong Pengurus Bahagian Baitulmal MAIS .

Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dengan Lembaga Tabung Haji.

Berita MAIS

Comments are disabled.