[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 15 April – Semalam telah berlangsungnya kunjungan hormat oleh As-Salihin Trustee Berhad (AST) ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diwakili oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya Tuan Hj. Abdul Aziz bin Peru Mohamed. Kunjungan ini telah disambut oleh Setiausaha MAIS, Dr. Hj. Ahmad Shahir bin Makhtar.

Dalam majlis yang serba ringkas tersebut, pihak AST sebagai pentadbir kepada harta pusaka si mati, Allahyarham Samsudin bin Rajabali telah menyerahkan bayaran sebanyak RM 325,000 iaitu 15/72 bahagian Baitulmal daripada harta pusaka si mati.

Si mati meninggal dunia pada 7 Jun 2018 meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak perempuan. Semasa kematian, si mati telah meninggalkan pelbagai harta alih.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Ust. Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS dan Encik Khairi bin Mustafa, Ketua Pegawai Operasi AST.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5442″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5444″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5443″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5442″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor