[vc_row][vc_column][vc_column_text]15-17 April 2021 – Syukur Alhamdulillah. Berkat Ramadhan 1442H kali ini, pihak MAIS berjaya mengagihkan fidyah kepada 30 rakan strategik yang terdiri daripada masjid, surau, sekolah dan PIBK sekitar daerah Sepang, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Gombak pada 15, 16 & 17 April 2021.

Seramai 1,042 orang telah menerima sumbangan agihan fidyah MAIS (AFM) dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM104,200.00. Sumbangan AFM dibuat dalam bentuk barangan makanan kering seperti beras, minyak masak, bihun, kicap, gula dan sebagainya dengan nilai RM100.00 untuk setiap penerima.

Semoga dengan pemberian sumbangan AFM ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada golongan yang susah dan tidak berkemampuan khususnya fakir dan miskin sempena kehadiran Ramadhan tahun ini.

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua pembayar fidyah di MAIS. Bayaran fidyah boleh dibuat secara atas talian melalui e-MAIS. Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5448″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5449″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor