[vc_row][vc_column][vc_column_text]PETALING 21 April – Hari ini 21 April 2021, pihak MAIS berjaya mengagihkan fidyah kepada 11 rakan strategik (RSAFM) yang terdiri daripada masjid, surau dan PIBK sekitar daerah Petaling dan Hulu Langat.

Antara RSAFM yang terlibat adalah Masjid Seksyen 7 Shah Alam, Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Kepong, Masjid Al-Aman, Masjid Raja Muda Musa Semenyih dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) cawangan Selangor.

Seramai 314 orang telah menerima sumbangan agihan fidyah MAIS (AFM) dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM31,400.00. Sumbangan AFM dibuat dalam bentuk barangan makanan kering seperti beras, minyak masak, bihun, kicap, gula dan sebagainya dengan nilai RM100.00 untuk setiap penerima.

Semoga dengan pemberian sumbangan AFM ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada golongan yang susah dan tidak berkemampuan khususnya fakir dan miskin sempena kehadiran Ramadhan tahun ini.

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua pembayar fidyah di MAIS. Bayaran fidyah boleh dibuat secara atas talian melalui e-MAIS. Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5461″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5462″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor