[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 22 April – Hari ini 22 April 2021, pihak MAIS berjaya mengagihkan fidyah kepada 3 rakan strategik (RSAFM) yang terdiri daripada agensi dan PIBK sekitar daerah Klang dan Gombak

Antara RSAFM yang terlibat adalah Persatuan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS) cawangan Klang, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor (LKPIS) cawangan Klang dan Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Kepong.

Seramai 229 orang telah menerima sumbangan agihan fidyah MAIS (AFM) dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM22,900.00. Sumbangan AFM dibuat dalam bentuk barangan makanan kering seperti beras, minyak masak, bihun, kicap, gula dan sebagainya dengan nilai RM100.00 untuk setiap penerima.

Semoga dengan pemberian sumbangan AFM ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada golongan yang susah dan tidak berkemampuan khususnya fakir dan miskin sempena kehadiran Ramadhan tahun ini.

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua pembayar fidyah di MAIS. Bayaran fidyah boleh dibuat secara atas talian melalui e-MAIS. Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5472″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5469″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor