[vc_row][vc_column][vc_column_text]23 April 2021 – Penghulu segala hari, pihak MAIS berjaya melaksanakan progam sumbangan Agihan Fidyah MAIS (AFM) dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Kepong yang merupakan Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) melibatkan seramai 64 orang penerima daripada 1088 orang untuk hari ini. Nilaian sumbangan pada hari ini adalah sebanyak RM6,400.00.

Terdahulu sumbangan telah berjaya diagihkan kepada seramai 1026 orang penerima yang dilaksanakan secara berperingkat disetiap daerah yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM102,600.00. Sumbangan AFM dibuat dalam bentuk barangan makanan kering seperti beras, minyak masak, bihun, kicap, gula dan sebagainya dengan nilai RM100.00 untuk setiap penerima.

Semoga dengan pemberian sumbangan AFM ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada golongan yang susah dan tidak berkemampuan khususnya fakir dan miskin sempena kehadiran Ramadhan tahun ini.

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua pembayar fidyah di MAIS. Bayaran fidyah boleh dibuat secara atas talian melalui e-MAIS. Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5484″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5486″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5485″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5487″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor