[vc_row][vc_column][vc_column_text]AMPANG 23 APRIL – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab pada 22 April 2021 telah mengadakan lawatan ke Rumah Pemulihan Riqab sekitar Ampang.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Riqab, asnaf Riqab perlu disantuni agar golongan ini sentiasa dipelihara dan dibela dalam meneruskan kehidupan yang lebih baik.

“Apa yang kita dapat daripada lawatan ini ialah kita dapati masih ada stigma masyarakat terhadap asnaf Riqab ini. Kita cuba tangani sebaiknya agar asnaf riqab sentiasa dipelihara untuk meneruskan kehidupan dengan baik.” ujarnya.

Rumah yang terlibat dalam lawatan kali ini ialah Rumah Perlindungan dan Bimbingan Wanita Bayt Rahmah, Rumah Bela Insan dan Rumah Kanak-Kanak Solehah.

Dalam lawatan itu juga turut disampaikan sumbangan baju raya dan hamper kuih raya kepada semua pengusaha rumah pemulihan Riqab yang terlibat hari ini.

Turur hadir Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar Setiausaha MAIS. Selain itu turut hadir Ahli Lembaga Pelawat Riqab yang terdiri daripada Dato Ali bin Mohammad, Dr. Abdul Ghani bin Mohd Hashim, Puan Salmah binti Ba’ain.

Objektif lawatan diadakan adalah bagi menyantuni asnaf Riqab di dalam rumah pemulihan Riqab. Selain itu, program ini juga diadakan bagi menyampaikan sumbangan kepada rumah pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah MAIS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5476″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5478″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5477″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5479″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor