HULU SELANGOR 24 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab pada 23 April 2021 telah mengadakan lawatan ke Rumah Pemulihan Majlis sekitar Hulu Selangor.
Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab dan disambut oleh Penguasa Baitul Iman dan Penguasa Baitul Islah MAIS & AADK.
Rumah Pemulihan Majlis yang terlibat dalam lawatan kali ini ialah Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Baitul Islah MAIS & AADK.
Turut hadir adalah Ahli Jawatankuasa Riqab Dato Ali bin Mohammad, Pengarah Pembangunan Sosial Ustaz Suhaimi bin Ismail , wakil Pengarah AADK Selangor Tuan Mohd Ghazali bin Abdul Rahman dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serendah Pn. Siti Zaharah binti Hj Bechi.