[vc_row][vc_column][vc_column_text]24 April 2021 (Sabtu) – Ramadhan Kareem Syukur Alhamdulillah, pihak MAIS berjaya melaksanakan progam sumbangan agihan fidyah dengan kerjasama BAKEWANIS Cawangan Petaling, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Puchong, Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP) dan beberapa buah masjid serta surau yang merupakan Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM).

Sumbangan Agihan Fidyah MAIS (AFM) hari ini melibatkan sasaran seramai 502 orang penerima di sekitar daerah Sepang dan Petaling dengan nilaian sumbangan berjumlah RM50,200.00.

Semoga dengan pemberian sumbangan AFM ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada golongan yang susah dan tidak berkemampuan khususnya fakir dan miskin sempena Ramadhan tahun ini.

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua pembayar fidyah di MAIS. Anda boleh membuat bayaran fidyah secara atas talian melalui e-MAIS. Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/2″][vc_single_image image=”5546″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5549″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column][vc_column width=”1/2″][vc_single_image image=”5545″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5548″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor